fbpx
TutorialWebsite

Cara Beli Domain Murah Di GoDaddy – 11 Langkah Mudah Untuk Anda

By 16/02/2019 No Comments

Hi Guys.

Mesti ramai suka kan bila dengar cara beli domain murah? Haha. Kali ini saya akan share cara beli domain murah di GoDaddy dengan harga RM 20.00 untuk tahun pertama.

Kenapa beli di GoDaddy? Sebab GoDaddy merupakan pendaftar (registrar) utama untuk domain. Bahasa mudah, orang yang paling atas yang tukang daftar domain kat  dunia ni.

So, Straight to the point. Tak mau pusing-pusing dah. Saya akan share.

Cara Beli Domain Murah Di Godaddy

Langkah 1

Buka Google.com. Guna browser Google Chrome ke, Safari ke, tak kisah. Apa yang penting, search dekat URL atas tu, Google.com.

Cara Beli Domain Murah Di GoDaddy

 

Langkah 2

Sekarang, baru tulis keyword “GoDaddy” pada ruang carian. Dan click Google Search.

Cara Beli Domain Murah Di GoDaddy

 

Langkah 3

Perhatikan senarai results yang keluar. Lihat hasil carian yang;

  1. Ada perkataan GoDaddy.com,
  2. Ada perkataan “Ad” kat bawah Title dia (yang bermaksud – Advertisement)
  3. Dan link dia adalah my.godaddy.com. Ini iklan dari GoDaddy. Dia tak sama dengan hasil carian biasa yang bukan iklan. So, korang kena perhatikan betul-betul. Kalau tak memang tak dapat harga mur-mur. Hehe.

Bila dah confirm link tu, baru korang klik link tersebut.

Cara Beli Domain Murah Di GoDaddy

 

Langkah 4

Sekarang kita dah masuk website GoDaddy. Untuk kepastian, pastikan keluar perkataan RM69.99 RM3.99.com di screen korang. Kalau ada, memang korang dah klik link promosi dari GoDaddy.

Ok sekarang dah boleh search Domain yang korang nak beli.

Sebagai contoh “ninjaNusantara”. Tulis tanpa perkataan .com.

Dan ingat, hanya domain .com sahaja yang ada promosi ya. Bagi yang nak beli domain .my atau .com.my, boleh beli dengan server Malaysia seperti Exabytes. Boleh klik link di sini.

Cara Beli Domain Murah Di GoDaddy

Langkah 5

Lihat, jika domain yang anda mahukan available, boleh terus klik “Add To Cart”. Dan kita akan terus proceed kepada proses pembayaran tau. So, korang ready la duit tu dalam bank ya. Sebab kita akan guna Debit Card. Kalau korang nak guna Credit Card pun boleh. ‘No problem’ orang Klate oyak.

Next, klik “Continue To Cart”.

Cara Beli Domain Murah Di GoDaddy

 

Langkah 6

Biasanya, korang akan dibawa ke satu page promosi yang tawarkan pakej tambahan.

Kat sini korang kena hati-hati. Biasalah, bisnes kan. GoDaddy akan UPSELL macam-macam kat korang. Pakej tu la. Pakej ni la.

Stay focus ya. Jangan tambah apa-apa pakej. Saya ulang, jangan tambah apa-apa pakej. Kalau tak, memang tak dapat la harga RM 3.99 tu. Jangan salahkan saya ya. Hehe.

So, korang “untick” semua pakej yang dia tawarkan sebab biasanya dia akan “TICK” by Default. Dan pilih “No, Thanks” sahaja pada bahagia tertentu yang ada pada mana-mana pakej.

Cara Beli Domain Murah Di GoDaddy

Contoh pakej tambahan yang ditawarkan GoDaddy.

 

Cara Beli Domain Murah Di GoDaddy

Jangan lupa “UNTICK” ya. Kalau tak memang habis duit korang.

 

Bila dah confirm tiada tambahan pakej lain, just click “Continue with these options”.

 

Cara Beli Domain Murah Di GoDaddy

 

P/S : Kadang-kadang, GoDaddy tak akan bawa korang ke page ni. Korang akan terus ke Page Checkout. So, korang selamat dari duit bank korang habis ditibai oleh GoDaddy.

 

Langkah 7

Sekarang kita di page Checkout. Kat sini, korang perlu Sign Up. Bahasa mudah kena daftar akaun GoDaddy sebelum pembayaran.

So, kita klik “Create Account”.

Dia akan minta, Email, Username, Password & Support PIN (Letak sahaja nombor yang korang mudah ingat). Email tu, pastikan guna emel aktif ya. Nanti jenuh pula korang nak buka emel yang lupa passwordnya. Satu kerja baru pula. Huhu.

Cara Beli Domain Murah Di GoDaddy

 

Selepas isi, klik “Create Account”.

Cara Beli Domain Murah Di GoDaddy

 

Langkah 8

Sekarang, dia akan minta “Billing Information”.

So, bagi yang nak simpan resit untuk audit akaun, isi betul-betul ikut Pendaftaran SSM. Nama syarikat/bisnes serta alamat. Nanti boleh tolak perbelanjaan yang dibenarkan dalam cukai LHDN.

Selepas isi, click SAVE.

 

Langkah 9

Selepas isi Billing Information, korang kena isi Debit atau Credit Card. Kat sini kadang-kadang akan ada masalah.

Bagi elakkan sebarang masalah, pastikan korang dah aktifkan “international payment”. Boleh contact bank yang korang guna untuk kepastian. Cara nak “contact”? Lihat “contact number” kat belakang Debit/Credit Card korang.

Bagi yang dah biasa beli di Amazon atau eBay, biasanya tak ada isu kat sini. Ataupun dah pernah guna Debit/Credit Card untuk pembelian antarabangsa. Beli handbag ke, laptop ke. Tak kisah lah.

 

Langkah 10

Sekarang, perhatikan betul-betul pada bahagian “Your Items(sebelah kanan ruang korang isi Info Debit/Credit Card). By Default, GoDaddy akan set “2 years” untuk pembelian Domain korang.

So, korang kena ubah sendiri supaya jadi “1 year” jika korang memang nak beli untuk 1 tahun dulu. Tapi, kalau korang memang confirm nak guna Domain ni lama, saya cadangkan beli terus 5 atau 10 tahun. Sebab masa ni korang akan dapat harga murah. Promosi kan.

Jika korang bayar ikut tahun, bayaran dia akan jadi sekitar RM 65/tahun. Jika 5 tahun, sepatutnya RM 325 kan? Tapi jika korang beli 5 tahun sekarang, pada permulaan pembelian, korang akan dapat dengan harga RM151.13. Jimat dalam RM 173.87.

So, fikir-fikirkanlah.

 

Cara Beli Domain Murah Di GoDaddy

 

Langkah 11

Ok, sekarang, dengan senang hati, korang klik “Complete Purchase”.

Jika Berjaya, korang akan dapat mesej yang pembelian dah berjaya. Kalau tak berjaya, balik pada Step 9. Mesti ada isu pada Debit/Credit Card.

.

Ok, Panjang pula kali ni. Terima kasih kerana sudi baca. Moga bermanfaat. Jangan lupa share dengan kawan korang yang dah nak start buat bisnes. Beli domain cepat-cepat. Nanti ada orang sailing, susah plak. Menangis tak berlagu ler.

Semoga Berjaya!

Kalau korang ada persoalan atau rasa-rasa teringin nak coaching face to face belajar buat website sendiri atau kedai online, silakan emel kepada team kami. Pihak Alfateh Art sedia bantu korang, insya-Allah.

Emel : adeeb@alfatehArt.com

 

Leave a Reply