Apabila syarikat kita masih sederhana besar dan memerlukan satu website khas untuk syarikat, sememangnya untuk “hire” seorang website designer sebagai jawatan tetap/kontrak dalam syarikat merupakan satu pilihan yang kurang bagus.
Kos seorang website designer sudah pastinya bermula RM 2500 sebulan kerana kemahiran dan skill yang dimiliki sememangnya mahal nilainya. Lebih-lebih lagi yang ada skill lebih dari satu seperti mampu membuat graphic design serta video editing.
Namun ini tidak bermakna kita tidak boleh memiliki sebuah laman web yang bagus dan menarik untuk mencipta lebih banyak pelanggan.
Sebab itu kami di Alfateh Art sedia membantu anda untuk mencipta sebuah website yang awesome untuk membina first impression yang memukau kepada prospek dan pelanggan anda.
Lantik Seorang Freelance Website Designer
Ya betul. Anda boleh memilih untuk melantik seorang Professional Freelance Website Designer dari Malaysia untuk membina sebuah website bagi syarikat anda.
Pelaburan untuk sebuah website sememangnya berbeza. Ia bergantung kepada spesifikasi website yang anda perlukan.
Ingat! Kalau anda jumpa harga yang terlalu murah, jangan cepat teruja. Tanya betul-betul web designer tersebut apa yang anda akan dapat. Kadang-kadang akan ada kos tersembunyi.
Berbalik kepada jumlah pelaburan untuk buat website, ia bergantung kepada jenis website anda iaitu Jenis korporat atau e-Commerce (kedai online seumpama Shopee atau Lazada).
Andai kata pelaburan awal anda untuk membina website adalah RM 2000 – RM 4000, ia masih berbaloi jika dibandingkan anda “hire” seorang staf khas bahagian website yang mencecah RM 2500 sebulan.
Dan sudah semestinya tempoh percubaannya melebihi 2 bulan dan sehingga 3 bulan yang mana sudah mencecah RM 7500.
Dengan RM 7500, anda sudah mampu dapat sebuah website yang menarik dan cantik termasuk support / sokongan daripada Web Designer / Web Developer sehingga 3 bulan dan ke atas selepas website anda siap sepenuhnya.
Namun tak dinafikan juga, apapun ia bergantung kepada jenis website yang anda perlukan. Semakin “complicated features” yang anda mahukan, sudah pastinya banyak sistem yang perlu dibuat serta banyak masa yang dihabiskan. Dan semua itu melibatkan kos.
Berbaloikah hire Freelance Website Designer dari Malaysia?
Semuanya bergantung kepada strategi “marketing” anda.
Kenapa saya kata begitu?
Pengalaman saya selama lebih 6 tahun dalam dunia pembangunan website, ramai owner bisnes tidak jelas apakah strategi “marketing” yang mereka ingin gunakan.
Mereka keliru.
Ramai antara mereka yang memilih untuk ikut-ikut kawan. Kawan ada website, kita pun nak ada website jugalah. Sehinggakan, idea awal untuk buat website seperti kawan dia, dilihatnya pula website rakan bisnes yang lain, dan berkenan pula dengan gaya website yang baru itu, akhirnya pelaburan lain pula perlu dikeluarkan untuk membina website yang baru.
.
Kawan buat website A. Kita pun nak buat website A.
Jumpa kawan B, nak buat website macam B pula.
.
Sememangnya, setiap perubahan website dan konsepnya bukanlah sesuatu yang mudah dan memakan banyak masa. Apabila makan masa, kos pasti ada.
Walaupun era kini, ramai web designer dan web developer memilih untuk menggunakan platform WordPress (yang konon-kononya dianggap mudah oleh kebanyakan kita), semuanya masih perlukan masa yang sangat banyak untuk disiapkan.
Sebab itu, kita perlu mencari seorang Freelance Website Designer
- Yang mampu “consult” kita terlebih dahulu
- Mampu memahami strategi yang kita nak bawakan
- Mampu fahami apakah integrasi antara platform yang kita perlukan.
- “Possible” atau tidak untuk dibuat dengan kemampuan yang dia ada.
Mereka ini dikenali sebagai Web Consultant. Ada juga yang memanggil mereka sebagai Marketing Strategist.
Website Is A Tool
Percayalah, laman web / website yang anda ingin bangunkan adalah alat (tools).
Kenapa saya kata begitu?
Ia ibarat anda ingin membuka sebuah kedai baju di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Anda pun sewalah sebuah lot kedai dengan harga RM 3000 sebulan.
Selepas anda buka, anda diam. Tiada sebarang promosi atau iklan yang anda buat.
Pada pandangan anda, adakah orang akan sedar / “aware” dengan keberadaan kedai anda? Bagaimanakah prospek ketahui yang anda wujud, apa yang anda jual dan dimanakah lokasi anda?
Sudah pastinya anda perlu membuat iklan (Ads) samaada Facebook Ads atau Google Ads mahupun Instagram Ads.
Agar lebih ramai tahu yang anda ada menjual baju di Jalan Duta.
Begitu juga website. Apabila kita membuat website, kita mesti mencipa trafik. Trafik ibarat prospek yang datang masuk ke kedai kita walaupun tidak membeli. Mereka akan usha-usha dan tengok produk yang kita jual.
Mereka sedar kita wujud. Di sinilah Customer Journey berlaku.
Selepas mereka mendapat info yang secukupnya, mereka akan mula membeli.
.
Marekitng (Ads) > Leads (Traffic) > Conversion (Buy)
.
Professional Freelance Website Designer Malaysia
Sebab itu, “hire” seorang Freelance Website Designer dari Malaysia sememangnya berbaloi dengan syarat;
- Anda tahu strategi apa yang anda nak buat.
- Kenali dengan lebih dekat terlebih dahulu freelance website designer. Pastikan mereka mampu consult anda dengan baik dan faham strategi anda.
- Lihat portfolio mereka. Pastikan anda suka dengan cara mereka dan style mereka.
- Jangan pilih harga yang terlalu murah. Murah tidak menjamin kualiti. Pasti anda harga tersembunyi.
- Tanya rakan-rakan bisnes anda yang sudah mempunyai website yang bagus. Mungkin mereka ada cadangan individu yang bagus.
.
Sebab itu, kami di Alfateh Art, tidak akan tergesa-gesa memberikan “quotation” atau sebut harga kepada pelanggan kami. Sebab kami tahu;
- Keperluan setiap syarikat sangat berbeza.
- Kemampuan juga sangat berbeza.
Kami akan dengar terlebih dahulu apa yang mereka perlukan, berapa bajet mereka dan adakah dengan bajet tersebut kita mampu membina sebuah website mengikut kriteria yang mereka perlukan.
Secara mudah, kami akan menjalankan satu sesi Online Consultation bersama mereka secara percuma agar masing-masing memahami apa yang ingin dilaksanakan.
Hubungi Alfateh Art sekarang jika anda mencari Professional Freelance Website Designer dari Malaysia!
Hubungi Alfateh ArtHubungi Alfateh Art